17 April 2013

Bengkel pembinaan blog


                                  assalamualaikum semue!!

Aktiviti - Aktiviti Sepanjang Bengkel





Anda mungkin juga meminati:

Thank You! Datang Lagi :)

6 April 2013

SEMPENA NAMA MUNSHI



assalamualaikum semua!!



Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Munshi Abdullah sempena mengambil nama Tokoh Kesusasteraan Melayu Moden kita. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir tetapi lebih dikenali sebagai Munshi Abdullah. Dilahirkan di Kampung Pali, Melaka pada tahun 1796. Berketurunan peranakan Arab /India. Bapanya seorang saudagar yang memegang jawatan di pejabat Syahbandar Melaka pada masa pemerintahan Belanda. Beliau bekerja dengan beberapa mubaligh Kristian adan menjadi guru Bahasa Melayu dan penterjemah. Beliau digelar ‘Munshi’ oleh askar-askar India yang beragama Islam sewaktu mereka tinggal di Melaka kerana beliau menjadi guru agama mereka. Pernah turut serta dalam rombongan perdagangan ke Kelantan dan ilham dari pelayarannyaitu, beliau telah menghasilkan’Kisah Pelayaran Abdullah’ (1837). Antara karya beliau yang paling terkenal ialah ‘Hikayat Abdullah’ (1849). Dianggap Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran ‘Munshi’ yang bererti’guru’ diberikan kepadanya sesuai dengan sifatnya sebagai seorang pendidik bahasa dan sastera Melayu Moden.


Thank You! Datang Lagi :)

CERAMAH AGAMA!!



assalamualaikum!!



12 Februari 2010 Dataran SMK Munshi Abdullah telah diadakan program ceramah agama sempena dengan ulang tahun kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW atau Maulidur rasul. pihak sekolah telah menjemput ustaz... sebgai ceramah undangan.
Program tersebut disertai oleh pelajar dan guru - guru SMK Munshi Abdullah. Objektif program tersebut dilaksanakan adalah bertujuan memberi kesedaran kepada warga Munshi tentang hal- hal keagamaan dan cuba memuhasabah diri untuk meningkatkan ketaqwaan seorang muslim yang muttaqin.


Thank You! Datang Lagi :)

MERENTAS DESA 2010!!



assalamualaikum !!!


 
                
             
20 Januari 2010 SMK Munshi Abdullah telah mengadakan aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Cikgu Azhari yang merupakan PK1 dan Pemangku Pengetua telah merasmikan aktiviti tersebut.
Aktiviti merentas desa ini merupakan aktiviti wajib setiap tahun. Aktiviti tersebut dijayakan oleh guru - guru SMK Munshi Abdullah.
Tujuan aktiviti tersebut dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dikalangan pelajar dan dalam masa yang sama memilih pelajar untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
Diharapkan aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan bersenam dan menjalankan aktiviti yang berfaedah.



Thank You! Datang Lagi :)

TM PENERAJU SMK MUNSHI ABDULLAH!!!



assalamualaikum semua!!

Penyerahan dokumen oleh Dr Firdaus kepada Tn Hj Saroni Tasuki sambil diperhatikan oleh En Azman wakil PPD sebagai tanda simbolik bermulanya SMK Munshi Abdullah sebagai anak angkat TM
Sungai Air Tawar: Sejarah Tercipta buat pertama kalinya, SMK Munshi Abdullah telah berjaya menjadi anak angkat kepada Syarikat Telekom Malaysia. Ini merupakan suatu penghargaan yang sangat tinggi bagi pihak sekolah. Dengan adanya TM ini telah membuka ruang seluas - luasnya kepada perkembangan pendidikan yang lebih berkualiti kepada pelajar - pelajar di sekolah ini. Semoga kehadiran TM untuk berkerjasama dengan pihak sekolah dalam bidang pendidikan menjadi titik tolak kepada kejayaan akan datang seterusnya mencapai status sekolah berprestasi tinggi.

Thank You! Datang Lagi :)

ORGANISASI SEKOLAH!!



assalamualaikum semua!!
 hari ni nurizz nak cerita tentang ORGANISASI SEKOLAH!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLEydruuiaZJxyVOtEvfi7B5QbTAT5v3TBV9DUkXZUf2m62Vra7_pOPtQV4k1QFJftRvaLK7vICHNDKvtC-3GYWXCG2lqrZafhdjC9k588WSb0uCCX5eXABUDyRwzakKnjej0CVRrC7WDv/s200/SARONI-B-TASUKI2.jpg
1. Pengetua:
Tn Hj Saroni Tasuki
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYP15W95pHkbRod8YVbVFI_t8g_cBYZszTcMUg8A_-2Hjt7POEhzPT_vrFFRIu8ox7Td9WLtFRAWbVghnCVctQrICS2vrZBcY0xsFk8oNQzsRIAL51lCQ1rH9YofJtmcUUowikHfjuNfVW/s320/pk1+edit.jpg
2. PK Kurikulum:
Pn Rosnah Binti Arifin
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh50jjPSpYEapW7I8KDSokm_pqWGhNtHEsYUvWpVENP5dLiOmdqN7Fj5eD6VJYVfVkoN4VhllsIE-CT7xJjFAlCxB4rYIfi7aXzwXJRJ_q6H7l_Mt1707xY1xVniifLSq2aj4-dZUNaJARx/s320/pk+hem+YANG+DAH+EDIT.jpg
3. PK HEM:
Pn Mahmidah Bt Mat Yatim
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtOvK43ZDXpu2JNnwFCVndVV5ggwuZhG_c7NlGKY2f_SumZ0saBLfwJzCqsmchH323wA49_DtF4Gi1-wvTk_o2F5TsHVMgGqVt3ntdraG75bSaFuaeTp4RcoaSAuPeLmWv7iQtj18_Eqg3/s320/CIKGU+KOKOEDIT3.jpg
4. PK Kokurikulum:
En Mohd Subhi Bin Marsan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMCBsP6JVyFOorpJzJyPGbv3psczMWFKO2jkheOzWanUfjxvAPa24_Ov5FtYiXbHBrQ5zfF6qPrQQ1Ofn62yxGNNHlH7gZHuem3Iei9xNB5fyPnCTHDOA01eGJwzrwxwMPzvXRs5jX5wYi/s320/MOHD+ZAMZAMY.jpg
5. PK Ting 6:
En Mohd Zamzamy Bin Abdullah Sapar
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidSb75E_w8HIZpi1dSDNGroe7jZq3YuGaEjVvaApAW75cq7cRNk8jERPtrOmMf2AQBdUCMTOTRmkchsWXxYRVXW0rQ5D34mo_FXp7gvOD1mX_kMbmbeR5nj1_lDlO_cAoWN6vpz_bJnJW9/s320/mohd+ghofur.jpg
6. PK Pend Khas:
En Mohd Ghofur Bin Sukimi
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiN9FyilzwBfWzCNAcX5ElUk_RvAUE6hlKdIA0mR37OISlD7FXRlMMFLsqdEWBXPai-VkAaAvYCfEO9FxB6ISqzFoWrJsMbGYzZYou4jTQdne2tIvqkl3X1p8oBsho-XbgBuqjffysSmiX0/s200/csc_0621-qpr.jpg
7. K.Bidang Bahasa:
Pn Marlinah Binti Yusof
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4WF1sNu2EYsAPF_D_dIpToOvS6eGmrk0g7R0VKy2jZbFIry0p9u8ynaTcCgayEteYWNWmJK4ZqJayv-Oi2P-bxJpFdLuWloIqg3-7afuCImozl82WlJeMzQMX5tqTCmIM-Whp8aIcIay_/s200/csc_0552-qpr.jpg
8. K.Bidang Sains/Mate:
Pn Fajar Binti Soim
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3AKXfWAvuSBH7dTQ97qQh4vrBpw1OrOx2o6KbCyMQxs9ddF3ehYxEb7_WnfL-j6r3NGqIVT2dlYI_OjVBgRFcU0ZfY6mfgY5wZukwHY2kKVUGU7MbycuLi3rHUz1er4Bvj-sc9TZcJbQF/s200/USTZ+SITI.jpg
9. K.Bidang Kemanusiaan:
Pn Siti Bt Adnan









Thank You! Datang Lagi :)

MISI VISI SEKOLAH!!




Assalamualaikum semua!!

MISI DAN VISI

1.MISI
   MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIDKAN BERKUALITI .

2.VISI
   SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG


Thank You! Datang Lagi :)

LOGO SEKOLAH!!



Assalamualaikum semua!!!
hari saya nak cerita tentang lencana sekolah nuriz!!

LENCANA SEKOLAHKU
Huruf SMKMA:
Singkatan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.

Warna Merah:
Berani, gagah berjuan mengikut kebijaksanaan.

Warna Biru :
Ilmu, keimanan dan ketakwaan.

Warna Putih:
Jiwa yang bersih untuk mencapai cita-cita murni.

Kancil :
Bijak seperti Sang Kancil

Roda:
Peredaran zaman dan perkembangan dan sains teknologi pendidikan.

Buku:
Melambangkan institusi ilmu dan para pelajar menuntut ilmu.

Bulatan:
Kegiatan sukan dan olahraga dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan otak.

Tangan:
Lambang tangan menadah, bermaksud memohon restu daripada Allah SWT dan mendokong cita - cita murni.

Sekolah:
Cinta kepada ilmu.


Thank You! Datang Lagi :)

SEJARAH SEKOLAH!!


Assalamualaikum semue!!!
0key hari ni nurizz nak cerita tentang sejarah sekolah nurizz!!

SEJARAH SEKOLAH

                                                 

              Mempunyai dua aliran yang dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan dan Darjah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Kelas- kelas darjah menengah ini menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar dan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Bagan Nakhoda Omar. Darjah-darjah menengah yang telah mula dibuka pada 11 Januari 1965. Tiap-tiap darjah menengah yang tersebut diketuai oleh seorang guru yang dipanggil Guru Ketua. Pada 8 Januari 1968, kelas-kelas tersebut telah dipindahkan ke bangunan sendiri seperti yang ada sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah, Sabak Bernam Barat. Y.A.B Tun Abd Razak bin Hussein telah menyempurnakan perasmian sekolah ini pada 29 Mac 1969 dan namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam Barat. Pada tahun 1964, pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan agar membina sebuah sekolah menengah di kawasan DUN Sungai Air Tawar. Ahli Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan untuk menguruskan projek tersebut. Ahli Jawatankuasa Bertindak yang dilantik adalah terdiri daripada:- Tuan Hj. Yusuf bin Hj. Ramli - Ketua Kampung Sungai Air Tawar Tuan Hj. Khalil bin Kasmijan - Ketua Penerangan UMNO Cawangan Sg. Air Tawar (Pemberita Utusan Melayu) En. Tukiban bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa En. Samian bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa Tuan Hj. Anuar - Ketua Kampung Tebuk Mufrad Mereka ini menemui Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Encik Khir Johari dan mengajukan usul agar sekolah yang dipohon itu dibina pada akhir tahun 1966 dan mula digunakan pada tahun 1968. Kini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah. 




Thank You! Datang Lagi :)